Dirasmikan pada 9 Julai 2004(Jumaat,21 jamadilawal 1425H) oelh DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ,SULTAN SELANGOR.
.Reka bentuk berkonsepkan kemelayuan dengan penerapan ciri binaan Islam.Keseluruhan muatan masjid boleh menampung sehingga 4,000 jemaah dlm satu-satu masa.
.Taman Seri Gombak mula dikenali pada tahun 1982 apabila kawasn perumahan diwujudkan dikawasan ini.Penduduk Islam telah bertambah dan memerlukn sebuah tempat untuk beribadah,maka sebuah rumah telah disewa utk dijadikan surau. .Selama lebih kurang setahun penduduk Islam telah dapat mengumpul derma utk membina sebuah surau dgn kos sebanyak rm43,000.00 yg terletak di alamat jln SG 1/26 dan diberi nama surau Ittifaqiah,kemudian pada tahun 1986 surau ini telah diberi kebenaran oleh MAIS untuk mndirikan solat Jumaat dan dinaiktaraf sbagai sebuah masjid. .Penduduk Islam terus bertambah,muatan masjid yg sedia ada tidak boleh lagi menampung ruang bersembahyang.Jawatankuasa terpaksa membuat tambahan2 bagi pembesaran masjid untuk menampung jemaah hampir 4,000 org. .Hasil pemuafakatan penduduk Islam dan A.J.K. Masjid Taman Seri Gombak telah merancang bersama kerajaan Negeri Selangor utk pembinaan masjid baru diperuntukkan tanah seluas lebih kurang 1.4 ekar berdekatan dgn Taman Tasik Seri Gombak di Fasa 7 utk membina sebuah masjid baru dgn peruntukan kerajaan Negeri berjumlah rm6,350,000.00 .Kerja2 pembinaan bermula pada 11 Disember 2001 dan disiapkan dengan sempurna pada 9 Jun 2004 diawasi oleh Pegawai Penguasa Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor dan Wakil Jurutera Daerah Gombak. .Reka bentuk masjid berkonsepkan reka bentuk tempatan(melayu) dengan penerapan ciri-ciri binaan Islam terutama di menara dan kubahnya.Keluasan lantai keseluruhan ialah 40,970 kaki persegi.Meliputi lantai tingkat bawah,ruang dewan solat tingkat satu dan tingkat dua.Keseluruhan muatan ini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah dalam satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment